Majlis Jasamu Dikenang Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2016 dan Anugerah Anak Cemerlang Bagi Zon Selatan <br>
Pada 22 April 2016 (Jumaat) bermula jam 7.45 malam telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2016 dan Anugerah Anak Cemerlang bagi Zon Selatan yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Sri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, YBhg. KP Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri Johor, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Ketua Institusi penjara zon selatan dan EXPOAM bagi meraikan persaraan 33 pegawai / anggota yang telah dan akan bersara sepanjang tahun 2016 serta 90 anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan pada tahun 2015. ""